Saturday, July 4, 2009

AKHIL HAYY


Akhil Hayy dengan siapa?

SEJAK si isteri mengesahkan gosip suaminya dengan penyanyi Waheeda, ramai yang memerhatikan gerak-geri Akhil Hayy yang dipanggil ustaz.
Malah seorang pembaca menelefon kononnya dia ternampak si Akhil dengan seorang wanita di dalam sebuah kereta Nissan Murano di tempat letak kereta pusat beli-belah Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Kata sumber, perempuan tersebut menyembunyikan diri dengan menundukkan kepala bila sedar dirinya diperhatikan. Kemudian, mereka cepat-cepat beredar.
Satu sumber lain pula mendakwa dia nampak Akhil dan Waheeda minum di sebuah restoran yang agak terkenal di Ampang pada pukul 3 pagi. Cuma katanya, dia tidak fikir yang bukan-bukan kerana mungkin mereka sedang lapar. Nampaknya memang ramai yang prihatin dan mengharapkan jawapan yang jujur daripada Akhil dan Waheeda.

No comments:

Post a Comment