Sunday, February 8, 2009

Aziz M.Osman




KUALA TERENGGANU, 8 Feb (Bernama) -- Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu di sini hari ini memutuskan
perkahwinan antara pelakon dan pengarah terkenal Aziz M Osman atau nama sebenarnya Aziz Othman dengan seorang ustazah Nor Radhiah Ramli, sebagai tidak sah menurut hukum syarak.

Hakim Mahkamah Tinggi yang juga Ketua Hakim Syarie Datuk Ismail Yahya berkata mahkamah membuat ketetapan itu setelah mendapati semasa Nor Radhiah, 23, yang juga pemohon dalam kes ini bernikah dengan Aziz pada 16 Ogos tahun lepas, beliau masih belum tamat tempoh edahnya dengan bekas suami pertama.

No comments:

Post a Comment