Thursday, February 19, 2009

Akhirnya Que Haidar - Linda Jasmin Berkahwin!





Akhirnya Que Haidar (Hero filem Maut) berkahwin juga dengan Linda Jasmin (bekas tenaga pengajar Akademi Fantasi 1-6).

Sempena Hari kekasih (14hb Februari) ia menjadi detik bersejarah buat pasangan pengantin ini, pabila mereka diijabkabulkan.

Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar atau Que Haidar berjaya melafazkan akad sebanyak dua kali dan dari raut wajah Linda Jasmine Hasim kelihatan tenang dan ceria.


Mas AF Bongkar Cerita Dan Kontroversi Wad Gila


Mas minggu ini telah mendedahkan kepada media kenapa dia dimasukkan ke dalam wad gila.

Ikuti temubual bersama wanita ini bagi menyelami perasaannya di sebalik sandiwara yang berlaku sekarang.


Semasa Kak Mas di dalam Wad Psikiatri di Hospital Kuala Lumpur tempoh hari, kenapa kakak menyatakan tidak mahu berjumpa dengan Ketua Pegawai Operasi Maestro Freddie Fernandez dan Rock?


“Masa saya kat dalam tu, siapa yang nak percaya cakap saya. Belum masanya saya nak berjumpa mereka.


“Kalau marah, siapa pun marah. Saya nak Rock datang minta maaf dengan saya. Kenapa dia buat begitu? Saya ‘confuse’ kenapa saya berada di dalam. (gelak sekejap).


Tetapi, ada atau tidak kakak cakap kepada Rock yang kakak mahu berjumpa dengan Freddie?


“Takkan saya nak buka pekung di dadanya. Kamu kena tanya dialah...."


Maksudnya Rock sendiri yang buat cerita?


“(Gelak beberapa kali). No komen (tiada komen). Saya masih menjaga maruah orang walaupun maruah saya tercemar."


Apa hubungan sebenar kakak dengan Rock?


"Awak tanya dialah. Kalau dia kata macam tu, itulah jawapan saya."


Maksudnya kawan atau kekasih?


"Saya tak tahu nak cakap macamana. (gelak). Saya berkawanlah dengan dia."


Apa komen Kak Mas apabila Freddie menafikan Kak Mas pernah mengeluarkan duit sebanyak RM20,000 untuk membuat album?


“Cuba kamu tanya dengan Othman sebab saya ada explain dengan dia takut saya tersalah cerita pula nanti.


“Setahu saya, tafsiran saya dulu, mungkin disebabkan ‘show’ itu, masa ambil ‘percent’, mereka kumpul-kumpul duit saya.


“Mana ada siapa nak sponsor album saya? Saya dapat wang terkumpul yang ditabungkan oleh mereka. Kalau saya buat ‘show’ mereka simpankan duit itu untuk saya. Itu maksudnya.


“Dari mana saya hendak berikan duit sebanyak itu secara ‘lump sum’. Semasa Maestro ‘deal’kan dengan penganjur, saya tidak tahu berapa harga ‘show’ saya yang mereka letak. Saya terima seadanya kalau Maestro beri berapa.”


Ada tak kakak menandatangani apa-apa kontrak untuk membuat album dengan Maestro?


“Secara jujurnya, saya ada sain dengan bapa gara-gara hendak sain kontrak waktu itu. Cuma saya belum dapat kontrak yang asli waktu itu daripada Maestro.


Kakak baca tak kandungan yang tertulis di dalam kontrak itu?


“Kalau dulu, mereka bagi saya salinan dalam bahasa Melayu sahaja semasa tahun 2004 selama tiga tahun saya bersama Maestro Management.


“Saya masih simpan salinan kontrak itu cuma saya rasa sedikit terkilan dengan apa yang dilakukan."


Bercakap pasal album, Freddie berkata lagu-lagu di dalam album kakak akan dibuat ‘single’ dan dikeluarkan di radio. Maestro ada beritahu kepada kakak atau tidak tentang hal itu?


“Saya tak berapa ingatlah sebab saya banyak berfikir sejak akhir-akhir ini. Saya tak pasti sama ada pernah dengar atau tidak tentang perkara itu.


“Kalau mereka hendak keluarkan untuk promosi, mestilah saya bersetuju untuk mengeluarkan lagu single di radio.


“Tentang penjualannya pula, mereka kena bagi saya ‘schedule’ untuk turun mempromosikan lagu itu.


“Tetapi, kontraknya saya tidak pernah nampak selepas saya dan bapa datang ke Maestro untuk sain kontrak itu.


“Pada mulanya saya hanya mengambil kontrak yang belum sign itu untuk difikirkan terlebih dahulu. “Selepas itu, saya sign dan menghantar semula kepada Maestro kira-kira setahun yang lalu.


“Selepas itu, saya tunggu daripada syarikat juga. Malangnya saya tidak mendapat salinan kontrak yang telah dihantar kembali ke syarikat selepas itu.”


Jika begitu, ada tak kakak minta atau bertanya tentang kontrak itu dengan mereka?


“Memang ada. Saya ada juga bertanya tetapi mereka kata tidak tahu. Lagipun, selama tiga tahun saya bersama Maestro, mereka tidak pernah memanggil saya untuk ‘meeting’.


“Jadi, saya tidak tahu apa-apa tentang isu yang berlaku. Saya juga rasa terkilan kerana tidak tahu apa keputusannya.


“Saya hanya menunggu sahaja. Yang nak buat album adalah saya dan ‘company’ perlu mengeluarkan duit.


“Kalau mereka tidak keluarkan kenapa tidak beritahu saya. Saya tak tahulah, mungkin disebabkan saya lahir daripada program realiti, jadi saya berminat dengan Maestro Records.


“Kalau syarikat minta saya hadirkan diri, tidak salah. Namanya pun bisnes.”


Sekarang ini, kakak masih bernaung di bawah Maestro?


“Sepatutnya, mereka sendiri kena perbaharui kontrak itu sama ada nak masukkan saya lagi atau tidak.


“Takkan saya pula nak terhegeh-hegeh."


Jadi, adakah itu punca kakak berasa marah baru-baru ini?


“Tidak. Saya ada dengar juga orang kata saya merayu-rayu. Tidak, dengan nama Allah, saya tidak buat semua itu. Saya seorang yang jujur dan tidak dapat menerimanya.


“Jika saya buat begitu, orang mula berfikiran serong terhadap saya. Saya tidak pandai ambil hati orang kerana inginkan sesuatu. Saya bukan jenis macam tu."


Dah berapa lama kakak rakam lagu-lagu itu?


“Sudah lama kira-kira tahun 2006 lalu. Saya nak tahu bila album saya nak jalan atau tidak. Rakaman sudah dibuat dan hanya tinggal sebuah lagu lagi."


Jadi, apabila Freddie katakan mereka akan keluarkan lagu di dalam album itu secara satu-persatu di radio, kakak setuju atau tidak?


“Keluarkanlah jika itu yang terbaik. Nak buat macamana kalau syarikat dah minta macam tu dan bukannya kemahuan artis.


“Nanti wartawan cakap saya merayu pula. Saya tak pernah merayu tetapi hendakkan penjelasan yang jujur.


“Ada hak sekalipun, saya tidak boleh cakap apa. Hitam dan putihnya saya tidak nampak.


“Kalau niat baik, bagi sahajalah. Itu rezeki ‘cantik’ yang Allah beri.”


Maknanya, jika mereka bersetuju hendak mengeluarkan lagu single di radio, mereka perlu berjumpa kakak?


“Jika mereka hubungi saya pun, saya akan datang pada bila-bila masa sahaja. Mereka perlu hantar surat dan bersikap profesional.


“Sudah tentu sekali saya akan datang ke Maestro jika hajatnya baik. Jika baik untuk syarikat, baiklah untuk saya. Saya terima apa sahaja keputusannya."

Pesta seks: Penyampai berita dan pelakon ditahan



Seorang penyampai berita televisyen swasta dan seorang pelakon wanita adalah antara 26 orang yang ditahan dalam pesta seks dan dadah sambutan tahun baru di sebuah bilik hotel di Jalan P. Ramlee di sini.

Rozita Che Wan Idamkan Lelaki Kelakar: Nafi Bernikah



Alkisahnya ada orang mengatakan Rozita Che Wan sudah pun bersedia untuk berkahwin dan kini sedang sibuk menempah kain untuk membuat baju perkahwinan.

Rozita Che Wan di’khabarkan akan menamatkan zaman janda’nya dengan kekasih hati tidak lama lagi. Wanita yang cantik dan jelita ini memang seorang selebriti yang pantas menangkis gossip menafikan kisah-kisah peribadi ini.

Download MP3

Awie - Di Penjara Janji
BPR - Dari Sinar Mata
Crossfire - Realiti Fantasi
CRK - Cinta dan Air Mata
Faizal Tahir - Cuba
Handy Black - Hanya Dalam Lagu
Lela - Bidadari
Lela - Sampai Bila
May - Cintamu Mekar Di Hati
May - Hiasan Kalbu
May - Meniti Suratan
May - Sendiri
Meet Uncle Hussin - Lagu Untukmu
Meet Uncle Hussein - Halusinasi
Meet Uncle Hussin - Hilang

Gambar Seksi Sharifah Sofia Dan Jue


Farah Asyikin Sudah Bertudung??

Alhamdulillah, nampaknya Farah Asyikin sudah bertudung. Harap berkekalanlah tudungnya. Jangan mula-mula pakai penuh, lepas tu sikit-sikit jambul dikeluarkan. Last-last tanggal balik.

Farah Asyikin

Saiful Malaysian Idol


Bapa Termuda

Bapa termuda dalam dunia ialah pelajar British yang menjadi bapa semasa berumur 13 tahun setelah hubungan beliau dengan awek dia yang berumur 15 tahun. Budak-budak zaman sekarang. Baru akil baligh dah pandai tapi apa nak dihairankan kerana orang-orang Barat ni memang open minded dan tidak kenal halal haram. Remaja di Malaysia ni pun apa kurangnya.

Natasha Hudson & Datuk Shahrin Zahari berkahwin 4 ogos?

Gosip atau khabar-khabar angin Natasha Hudson yang kononnya akan berkahwin pada 4 Ogos ini tersebar luar di internet. Samada betul atau tidak, berita ini tidaklah menghairankan saya. Mulut orang memang boleh kata apa sahaja. Sebelum ini, Natasha pernah dikatakan akan berkahwin pada 7 Julai 2007 (7-7-2007). Tetapi pelakon filem Chermin ini telah menafikannya. Gosip boleh menaikkan nama selebriti namun, sekiranya tidak berhati-hati, boleh menjatuhkan artis itu sendiri.

Model terkenal Natasha Hudson akan mengakhiri zaman jandanya dengan memilih ahli politik dan perniagaan Datuk Shahrin Zahari sebagai teman hidupnya. Shahrin berusia 31 tahun ini merupakan anak sulung kepada arwah Datuk Zahari, antara pemegang saham terbesar syarikat yang terlibat dengan industri minyak negara Ranhill Berhad. Shahrin ini juga merupakan AJK Putera Umno dan telah mendapat Pingat Cemerlang Melaka yang membawa gelaran Datuk pada hari keputeraan Gabenor Melaka Tun Khalil Yaakob, tahun lepas.

Shahrin merupakan CEO Verti Global Berhad, dan merupakan jejaka idaman ramai artis dan model terkenal tanahair. Natasha sendiri khabarnya minta cerai kerana lakinya itu tidak berduit, tidak bekerja dan yang lebih utama kerana dia terpikat dengan mamat kaya bernama Shahrin ini. Shahrin dan Natasha yang kononnya ditangkap berdua-duaan oleh bekas suami dan bekas ibu mertuanya sendiri. Tapi itu cerita lama, entah betul, entah tidak, yang pasti, sekarang ini, AJK Putera Umno bernama Shahrin dan model yang juga janda hangat, Natasha akan berkahwin. Majlis resepsi mereka nanti akan diadakan di banglo kolonial tinggalan penjajah, Carcosa Seri Negara pada 4 Ogos ini.

Apapun, kepada Datuk Shahrin dan Natasha selamat pengantin baru.

Mawi & Ekin

Kelihatan ceria kan, almaklumlah baru kahwin. Gurauan orang tua - pantang tersentuh jari. Hehe siapa faham-fahamlah..Nampak gelap sikit Mawi. Berjemur tepi pantai ke kat Korea?

Datuk K pukul Siti Nurhaliza?

Siapa fitnah Datuk K pukul Siti Nurhaliza? Siap sedia! Datuk Khalid akan siasat dan cari punca siapa yang jadi tok dalang dan tukang canang cerita Datuk K pukul Siti sampai Siti masuk wad. Tindakan undang-undang akan diambil untuk mengajar dan sekaligus ingin mencari orang yang dengki cemburu dengan kebahagiaan rumahtangga mereka. Bagus juga tindakan ini. Sebabnya kalau dibiar lama, semakin menjadi pula orang tabur fitnah.

blogLepas satu… satu. Keluarga Siti terutama sekali bapa Siti Nurhaliza menjadi orang yang paling sedih dengan berita ini. Sesiapa pun akan jadi marah kalau anak dan menantu diperlakukan sesuka hati. Hanya orang yang terdekat sahaja yang tahu mereka berdua bahagia dan aman damai. Kalau tak percaya anda boleh lihat sendiri gambar Datuk K dan Siti Nurhaliza mandi laut dan snorkling tengok ikan cantik berenang semasa bercuti di Pulau Perhentian ini. Datuk K kata, sepanjang dia berkahwin tidak ada masalah dan mereka tak pernah pun bergaduh. Bagi Siti pula, maruah suaminya lebih penting. Selama ini, Datuk K begitu memahami tugas Siti yang sering sibuk. Dan yang penting, mereka perlu menjaga hati dan perasaan keluarga.

“Bagaimanapun, kami tidak akan terus mengambil tindakan, sebaliknya akan melihat terlebih dulu latar belakang si penyebar fitnah. Jika dia tidak waras, terencat akal atau kanak-kanak, kami tidak akan berbuat apa-apa.”

Inilah fitnah PALING BESAR sepanjang Siti Nurhaliza bergelar isteri dan dia berharap siasatan ini akan membersihkan imej suaminya yang sudah tercalar.


siti nurhalizasiti nurhaliza

siti nurhaliza snorkling

Azizah Mahzan & Zafrul


Wednesday, February 18, 2009

Walaupun Keguguran, Deja Moss Tetap Adakan Majlis Resepsi



Dah ramai yang seronok dengar kisah Deja Moss mengandung. Tup-tup dengan pula kisah Deja Moss keguguran. Walaupun baru sahaj selesai menjalani pembedahan akibat keguguran kandungan, Deja Moss tetapi melansungkan majlis resepsi perkahwinan mereka di Dewan Perdana Felda malam tadi dengan meriah!

Sunday, February 8, 2009

Aziz M.Osman




KUALA TERENGGANU, 8 Feb (Bernama) -- Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu di sini hari ini memutuskan
perkahwinan antara pelakon dan pengarah terkenal Aziz M Osman atau nama sebenarnya Aziz Othman dengan seorang ustazah Nor Radhiah Ramli, sebagai tidak sah menurut hukum syarak.

Hakim Mahkamah Tinggi yang juga Ketua Hakim Syarie Datuk Ismail Yahya berkata mahkamah membuat ketetapan itu setelah mendapati semasa Nor Radhiah, 23, yang juga pemohon dalam kes ini bernikah dengan Aziz pada 16 Ogos tahun lepas, beliau masih belum tamat tempoh edahnya dengan bekas suami pertama.

Sunday, February 1, 2009

Boyfriend Fatin AF5 ?

Adakah mamat ni boyfriend si Fatin AF5 ? Nampak mesra je kan?

Boyfriend Fatin AF5 ?

Boyfriend Fatin AF5 ?

Boyfriend Fatin AF5 ?