Friday, July 10, 2009
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj_K0WK6-qSN4LgmmQjMHgE5oU4mCdONEEAuaoHfGblNsw086usUpHjqewUgw7zF1eIOLNuf3R8L3uhMkOUKkEfvgT8gwueQ0FLd09YG0Gzo0PHz4XI1HkVZILvH1fYWJVtaILmdNELRHNh/s320/normanshir.jpg)
Akhirnya, ada juga kisah yang selebriti berstatus bujang terlajak ini akan berkahwin. Zaman sekarang bujang terlajak perkara biasakan?
dengan rakan sekerja sendiri.Utusan Malaysia hari ini melaporkan yang Norman KRU kini sedang hangat dilamun cinta
Shireen Hashim merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), KRU International yang bertanggungjawab terhadap urusan perniagaan untuk pasaran antarabangsa.
Menurut pekerja Norman KRU, Norman selalu di’katakan memanggil Shireen dengan panggilan sayang ketika di’pejabat.
Satu majlis ikatan suci akan di’adakan dalam waktu terdekat. Cuma majlis apa itu belum pasti bertunang atau bernikah.
Bagus juga ya Norman KRU sudah ada calon begini. Cepat-cepatlah kahwin. Tinggal berapa tahun sahaja lagi sebelum umur cecah 40 tahun.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj_5QY2hyphenhyphenTDMMjChlCupVBiB-VhjWofUkX6XOjCbGiNCpF1S7Qvs0s2t21MRUKS0vAOdn0BTQcljsc_gr_Ig9zVuIiy03ydKE3BcOm1JeSidfU3hMqm7RrWNx4AbSQqY9jtQuApMW8kDHP-/s320/nurul130048image.jpg)
Ini adalah desas-desus terhadap kemalangan yang menimpa Rosyam Nor tempoh hari. Beliau di’katakan patah tulang bahu sewaktu berlangsungnya rakaman filem Libas. Kata mereka yang melihat, kemalangan tersebut berlaku tatkala Rosyam Nor sedang melakukan babak bermain sepak takraw. Pada kami, mungkin beliau tidak biasa bermain sepak takraw. Apa pun, kami doakan agar Rosyam Nor cepat sembuh. Amin
Meet Uncle Hussain : Lan Keluar Dari MUH
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEipQDzzN6giXiH2rc3cKdsGjLN25uH_TLp5sU9SDoZ0ptrkPd4OeesaXrxDjJtVWF_e4h4Gvco4k9vRmazW3pGYIr25cXYlp6vXBFFmvY1Bc6jtSa8QBETRIgMDB4X9fBMyDJF0vFvZOvVk/s320/muhlast3.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgHewPzni3I44bUIIOykJ5k3z_NzNmR65ccXIhCVBXrT7sPf6r0JPTmTN0o8d66x9aVPtuC7lKIpPsiALkEmdKuIH4fVikPnsvyDIS4BZJtCQRp3LBQ4JhdjjM1Tzre52K6XPjEMvYWzOxy/s320/muhlast2.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi8E-npAJyXVXZC58L7EaneAGvc-7j8LO5UJG2XuTqhBrm34c6zQYBcUUmCBJqlwRs4MLKOB64_h0pObR5q2lzSc_gP3d1xfwTWiSn4OFmMVzJkoFDecFDjA403JfvPUk7QNMqU19LBGozH/s320/muhlast1.jpg)
Pada 5 Julai 2009, berlangsungnya konsert mini terakhir antara Lan & MUH sebagai tanda penghargaan buat peminat yang menyokong mereka sejak zaman underground hingga muncul ke dunia mainstream. Mungkin kita sebagai orang luar tidak tahu kisah sebenar mereka, cuma apa yang kami dengar terdapat cakap-cakap kurang enak antara ahli MUH & Lan. Kata mereka, Lan kurang berdisplin sehingga menyusahkan pihak penganjur serta ahli kumpulan.
Kami pasti, Taja selaku ketua MUH sudah merancang strateginya untuk mendapatkan vokalis yang unik seperti Lan.
Thursday, July 9, 2009
Kes Farawahida
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiqUZ3C9P6IwzeBl2QAlAApwZ6Ad2R4TxlzvofNlLrDNkVBWbcoQpylvuCaU_2HvrLvnOW_vJbICwhzzSD1C5HkUKdimJPk504zF2sUrHYAADH3FZ4UZJwwOP4RiZmWqVJ4OyEctuYrYt7-/s320/farawahda.jpg)
Tiada klip video lucah
PETALING JAYA: Tiada gambar atau klip video lucah penyanyi Farawahida ditemui dalam telefon bimbit milik Julfekar Ahmad, 45, apabila diperiksa polis ketika komposer terkenal itu dipanggil memberi keterangan, Isnin lalu.
Sebelum ini, Farawahida atau nama sebenarnya, Farawahida Razali, 24, mendakwa komposer berkenaan mengugut mahu menyebar gambar dan video lucah yang dikaitkan dengan dirinya. Bagaimanapun, Julfekar mendakwa tidak tahu menahu mengenai perkara itu.
Sumber polis berkata, telefon bimbit yang diambil daripada Julfekar ketika lelaki itu datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Petaling Jaya di sini, untuk membantu siasatan Isnin lalu, didapati tidak mempunyai bukti seperti laporan polis dibuat penyanyi berkenaan, Khamis lalu.
“Walaupun pemeriksaan awal belum menemui apa-apa klip video atau SMS berbentuk ugutan, telefon bimbit berkenaan akan dihantar ke pihak forensik untuk siasatan lebih terperinci.
“Selain makmal forensik polis di Cheras, kami boleh mendapatkan bantuan Pusat Keselamatan Siber Malaysia bagi membantu mendapatkan maklumat jika kandungan asal telefon bimbit itu dipadamkan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, yang dihubungi semalam berkata, kes itu masih disiasat dan terlalu awal untuknya memberi sebarang ulasan.
Ditanya sama ada polis menemui klip video lucah atau SMS berbentuk ugutan dalam telefon bimbit milik komposer berkenaan, beliau sekadar memberitahu polis masih menyiasat kes itu.
“Saya tidak mahu ulas panjang lebar, tapi siasatan masih diteruskan sehingga polis benar-benar berpuas hati,” katanya.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan untuk menyebabkan kematian atau kecederaan.
Polis sebelum ini mengambil telefon bimbit dan merekodkan keterangan Julfekar kira-kira lapan jam, Isnin lalu, berhubung dakwaan ugutannya mahu menyebarkan video serta gambar lucah penyanyi Farawahida.
Julfekar dalam kenyataannya sebelum ini, mengakui polis sudah memanggilnya untuk memberi keterangan berhubung laporan dibuat Farawahida, baru-baru ini.
Dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut, sebaliknya menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut.
Kemelut antara kedua-dua mereka bermula apabila Julfekar yang juga pemilik Millenium Art Sdn Bhd (MASB) mendakwa Farawahida yang masih mempunyai setahun kontrak pilihan, gagal menyempurnakan perjanjian ditandatangani apabila menyepikan diri sejak Februari lalu.
Farawahida membuat empat laporan polis dengan terbaru pada 1 Julai lalu di IPPD Petaling Jaya, mendakwa Julfekar mengugut mahu mengedar gambar dan video lucahnya.